Seputar Dunia IT dan Fakta Unik Lainnya

Monday 10 August 2020

BAYI MUNTAH SUSU, AWAS JANGAN PANDANG REMEH

Bayi Muntah susu jangan dipandang ringan. Kebanyakan kasus kematian bayi adalah berawal dari muntah susu yang terkumpul di dalam mulut bayi lalu menyebabkan bayi tercekik dan tidak dapat bernafas. Oleh karena itu, adalah sangat penting bagi ibu untuk mengetahui tips menghindari bayi muntah susu yang mudah dan praktis ini.


1. TIPS HINDARI BAYI MUNTAH SUSU


Tegakkan badan bayi setelah selesai menyusu, Bayi harus ditegakkan, Ini adalah bagi memastikan tidak ada susu yang terkumpul di dalam mulut kerana dalam keadaa tegak, bayi akan menelan semua susu yang ada di dalam mulutnya.


2. TIPS HINDARI BAYI MUNTAH SUSU

 
Sendawakan bayi selepas menyusu, jangan abaikan cara sendawakan bayi selepas menyusu. Bayi wajib disendawakan setiap kali habis menyusu. Lebih banyak sendawa, lebih bagus. Sesetengah bayi mengambil waktu yang agak lama untuk sendawa, jangan cepat bosan. Teruskan proses sendawakan bayi sehingga bayi sendawa, sekurang – kurangnya sekali.


3. TIPS HINDARI BAYI MUNTAH SUSU

Hindari membaringkan bayi sewaktu dan  sesudah menyusu. Pergerakan membaringkan sama dengan menggunakan tangan atau memasukkan bayi ke dalam ayunan boleh menyebabkan bayi muntah susu. Jangan terus menidurkan bayi selepas menyusu. Jarakkan waktu sekurang  kurangnya 15 menit.


4. TIPS HINDARI BAYI MUNTAH SUSU

Baringkan bayi dalam keadaan miring sebelah kanan sewaktu tidur. Selepas bayi selesai menyusu dan sudah sendawa sekurang kurangnya sekali, baringkan bayi dalam keadaan mengiring dan tepuk bayi perlahan – lahan sehingga tertidur. Kedudukan mengiring boleh mengurangkan muntah susu dan jika bayi muntah, susu tersebut akan mengalir keluar, bukannya terkumpul dalam mulut dan menyebabkan kejadian yang tidak diingini.


5. TIPS HINDARI BAYI MUNTAH SUSU

Tinggikan kepala bayi 30 drajat semasa tidur. Alas kepala bayi dengan bantal setiap kali bayi tidur terlentang. Seperti tidur mengiring, kedudukan kepala yang tinggi akan mengurangkan muntah susu dan merupakan langkah berjaga – jaga supaya muntah susu keluar dari mulut.

6. TIPS HINDARI BAYI MUNTAH SUSU

Periksa sekiranya ada susu yang keluar dari mulut bayi sewaktu dia tidur. Sentiasa periksa bayi yang sedang tidur. Jangan tinggalkan sendirian. Kadang – kadang ada susu yang terkumpul di dalam mulut bayi, terutamanya jika bayi tertidur sewaktu menyusu. Susu yang terkumpul boleh menyebabkan bayi tersedak atau tercekik.


7. TIPS HINDARI BAYI MUNTAH SUSU

 
Jangan biarkan bayi menyusu botol sendiri. Apabila bayi sudah besar, ramai ibu yang meninggalkan bayi menyusu sendiri dengan cara menyendal botol susu dengan bantal atau pun memegang botol susu sendiri. Malah ada yang membiarkan bayi sendirian di dalam ayunan sambil menyusu. Ini adalah sangat BAHAYA!!! Jangan sesekali jadikan sebagai kebiasaan.

Semoga tips tips di atas yang dibagikan ini bermanfaat untuk ibu ibu semua. Boleh juga print tips ini dan berikan kepada pengasuh sebagai panduan atau pun lekatkan di kulkas sebagai panduan suami jika anda outstation.



Penulis : Grace Panjaitan

No comments:

Post a Comment

BILA ANDA MEMASUKKAN LINK HIDUP, MAKA AKAN OTOMATIS TERDELETE..

Blog Archive